salam semua..
setiap hari dan masa asyik terfikir kenapa diri seringkali gagal mengfokus ketika melakukan kerja..
waktu memandu teringat pada apa nak masak,
waktu menyusu teringat pada anak lain yg berkeliaran,
waktu memasak teringat baju yg tak disidai
lalu kukoreksi diri...
rupanya solatku seringkali tidak khusyuk.. asyik terfikir perkara lain ketika sedang solat. terlihat anak yg sedang membuka baju lalu bimbang dia membuka cloth diaper dan lalu ingatan menjalar ke apa natijah buang cloth diaper... syaitan mungkin bagai membuka layar lain dalam persembahan solat...
solat merupakan jalan manusia belajar memfokus... dalam solat kita belajar untuk jadi manusia yg teliti...
teliti ketika ambil wudhu' - pastikan tidak ada najis melekat, sisik ikan dan sebagainya, pastikan air mengenai seluruh anggota wudhu'
teliti ketika membaca fatihah kerana itu dibenarkan dapat menggantikan bacaan fatihah dengan zikir. teliti ketika melakukan segala gerakan solat.. sujud nya, rukuknya malah berdiri betul ada juga caranya!
Jika tidak fokus manusia yang melakukannya akan kurang teliti, akan kuranglah kesan dari solat yang sepatutnya diperoleh.
dan itulah yang menyebabkan kehilangan khusyuk yang kesannya bukan sahaja mendapat neraka wail di akhirat tetapi di dunia sudah hilang nikmat yang penting, nikmat fokus!
siapa yang sanggup angkat tangan untuk mengatakan nikmat fokus ini tak penting?